Pages

Monday, October 20, 2008

KiNi aKu meNgErTi.............

Aku faham sekarang. Bahawa antara cinta dan ingin memiliki adalah sesuatu yang sangat berlainan ertinya.

Cinta itu terlalu abstrak untuk diertikan dengan kata-kata. Terlalu indah untuk diimaginasikan.

Ingin memiliki membuatkan seseorang berusaha untuk memiliki. Namun setelah memiliki dan termiliki bagai tiada apa yang ingin terus dirasai.

Kerana cinta juga aku mengerti bahawa walau lama mana sekalipun, walau sayang sedalam mana pun jika seseorang itu bukan untuk kita maka kita harus merelakan kepergian itu.

Kerana cinta juga aku mengerti bahawa untuk menginginkan sesuatu kita perlu korbankan sesuatu…

Demi kebahagian kadang kala kita sanggup memendam rasa. Malahan, kadang kala kita sanggup diri dikecewa dan terkecewa dan mengalirkan air mata yang sangat bernilai harganya.

………………………………………….?????????????

No comments: