Pages

Friday, October 31, 2008

AkhIrNya..............

aku berpeluang meneruskan usaha ku setelah sekian lame x post pape.......
byk mende gak ar nak start dri xpdc gnung bsr antu...
so....
2guuuuu
zassssss

Tuesday, October 21, 2008

aku tak tahu....................................

terlalu byk air mata telah aku rembeskan ke bumi hari ini...
sehingga awan mendung bersama2 menurunkan rintik jernihnya.....
sehinggakan aku melepaskan byk peluang yang ada di depan mata aku....
aku sedih bila aku cuba luahkan masalah aku pada dia...
dia amik mudah je....
yg paling mengguris hati aku ialah bila dia pikir sume masalah boleh selesai dengan duit.....
Aku rase pelik sgt...
aku tak nafikan bahawasanya duit itu penting......
tapi,susah sangat ke nak luangkan masa instead of bg duit?????
Aku bukan nak duit,
tapi tolongla...
bukan byk pon yg ak mintak...
just a piece of time to hangout and sempat tok aku cerita tentang hidup aku yg serabut dan kacau bilau neh....
Duit tak menjamin ape2.......
jgn dia regret bila aku dah takde nanti.............

aku dah tak de lagi!!!!!

"tak akan ada sesiapa yg tak akan meninggalkan sesiapa"
x der siapa pon yg kekal di dunia ni.Bila tibe mase nye dia akan pergi meninggalkan segala yg dia ada didunia ini.
Apabila tibe mase aku nanti aku berharap agar dpt aku pelihara iman yg ada didada..
aku jugak berharap agar:

1. kemaafan yg ku mohon terutama pada kedua ibu bapa aku,rakan2 seperjuangan dan semua yg mengenali aku

2. makan minum aku selama aku hidup nie harap dihalalkan

3. memori aku dgn sahabat2 aku akan terus segar dlm ingatan diorg.

4. aku berharap agar org yg aku cintai dpt mencintai org yg mencintainya seperti mana aku mencintai dia

5. Aku berharap sahabat2 aku dapat memegang segulung diploma dan wat abg2 dan kakak2 aku, harap dapat merangkul ijazah dgn jayanya.

6. aku harap agar sahabat aku ini mengenali erti cinta itu sebenarnya.

7. aku juga berharap sahabatku itu terus abah dgn dugaan yg maha esa

8. ak berharap lg agar tuhan pelihara sahabat2 aku dari bahaya dan pemudahkan urusan mereka didunia..........

maafkan aku teman....

Maafkan diriku andai tutur kataku membidas hatimu,
Maafkan diriku andai perlakuanku mencantas jiwamu,
Maafkan diriku andai kejujuranku mencakar nalurimu,
Maafkan diriku andai dirimu terasa bagai ditusuk sembilu,
NAMUN,
Aku hanya manusia biasa yang menginginkan kebahagiaan selalu berada di sisimu,
Tidak sedikitpun niat hatiku membidas, mencantas mahupun mencakar batinmu,
Aku tidak sanggup untuk melihat dirimu dilukai,
Andai kemaafan tidak dapat ku gapai,
aku redha,
Kerana aku tidak sanggup lagi kehilangan seorang teman,
Yang memecah kesunyian,kebuntuan dan kerisauanku.

SyuKuR.....

aku tak tau nape...
tapi yg pasti aku b'syukur bahawa Allah telah memberikan aku sedikit cahaya untuk aku meneruskan hidup aku....
Peristiwa smlm m'buatkan aku t'sedar dari lamunan bahawasanya aku telah berada dlm "comfort zone" terlalu lama...
aku b'syukur kerna aku masih sempat untuk membetulkan segala...
Namun aku hanya manusia biasa....
aku tak sedar dikala kata2 yg jujur dan berterus terang itu m'buatkan titis2 jernih menitik ke pipi....
Kejadian itu merapatkan hubungan aku dgn temanku.....
aku harap agar aku akan sentiasa jujur dalam persahabatan kita

Monday, October 20, 2008

ApA iTu cInTA

Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.

Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.

Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri

HaKiKaT ManUSiA........

"sEmEmAnGnYa mAnUsIA WAlAu SETaBah MaNa SeKalIPUN,TidAk MuNgKIn TeGar uNTuK hIDuP seNDIrI"

"BeRSEnDIrIaN akan MElAhIRKAN TEKANAN, KESAYUAN, KESEPIAN.."

"Untuk MenGhiLANgKAN kESuNYiAn MANuSia PerLukAN teMAN...."

TAPI......

aDA jUa DiAnTARa kIta YanG tIDAk bERJoDoh,TidaK bErkasIh daN TidaK berKAwAn.....

KiNi aKu meNgErTi.............

Aku faham sekarang. Bahawa antara cinta dan ingin memiliki adalah sesuatu yang sangat berlainan ertinya.

Cinta itu terlalu abstrak untuk diertikan dengan kata-kata. Terlalu indah untuk diimaginasikan.

Ingin memiliki membuatkan seseorang berusaha untuk memiliki. Namun setelah memiliki dan termiliki bagai tiada apa yang ingin terus dirasai.

Kerana cinta juga aku mengerti bahawa walau lama mana sekalipun, walau sayang sedalam mana pun jika seseorang itu bukan untuk kita maka kita harus merelakan kepergian itu.

Kerana cinta juga aku mengerti bahawa untuk menginginkan sesuatu kita perlu korbankan sesuatu…

Demi kebahagian kadang kala kita sanggup memendam rasa. Malahan, kadang kala kita sanggup diri dikecewa dan terkecewa dan mengalirkan air mata yang sangat bernilai harganya.

………………………………………….?????????????