Pages

Thursday, November 13, 2008

kisah cinta yg pernah wujud di hatiku

Cinta? Apa itu cinta? Cinta itu fitrah. Bila Nabi Adam dicipta, baginda rasa kesunyian. Allah ciptakan Hawa sebagai peneman. Rasa ingin disayangi dan menyayangi tu fitrah manusia. Yang perempuan minat pada seorang lelaki. Ada lelaki jatuh cinta pada seorang wanita. Cinta itu benar dan suci.Bila ada rasa cinta, kita akan sama-sama bekerjasama, saling mengasihi. Itulah nilai yang mengikat kita semua untuk terus bersatu. Sekuat cinta Tuhan yang memberikan pelbagai nikmat hidup, cinta itu di puncak kehidupan.
Cinta perlukan pengorbanan…pengorbanan untuk insan yg amat dikasihi.. cinte tak semestinya berakhir dengan seribu kemanisan…kadangkala kita terpaksa merelakan pemergian insan yg amat kita cintai….cinte akan hadir tanpa kita pinta dan perginya cinta tanpa kita sendiri relakan…namun itulah lumrah cinte…sedih,gembira…bahagia…benci…cemburu…adalah rencah dalam sesebuah percintaan itu….jika anda tidak bersedia untuk dilukai mahupun dikecewakan tak perlulah bercinta…bercintalah setelah anda sendiri faham erti cinta sebenar

No comments: